Friday 6 May 2011

KEMAHIRAN MENGAJAR


*Pengertian Kaedah Dalam Proses Pengajaran DanPembelajaran
*Kaedah  PengajaranGuru Dan Gaya Pembelajaran Pelajar
*Kaedah Pengajaran Dan Motivasi Pelajar
*Tujuan Penggunaan Pelbagai Kaedah
*Prinsip Penggunaan Pelbagai Jenis Kaedah
*Jenis-jenis Kaedah Dalam Pengajaran

Pengertian Kaedah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
  • Perancangan proses pengajaran yangsistematik,terancang dan teratur.
  • Suatu cara supaya pelajar dapat memahamipengajaran guru.
  • Cara efektif supaya guru dapat menyampaikanpengetahuan ,keterampilan dan kemahiran kepada pelajar.
  • Sebagai program sebelum guru melakukan sesuatu aktiviti
  • Perancangan yang memudahkan guru memindahkan pengetahuan ataupun kemahiran kepada pelajar.
  • Guru dapat menentukan  terlebih dahulu apakah teknik yang mahu digunakan dalam pengajaran.

Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal guru
  • Guru perlu mengaplikasikan kaedahpengajaran  yang berbeza
  • Guru perlu memahami gaya pembelajaran pelajar
  • Gayapembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan persekitaran fizikal dan emosi pelajar
  • Kaedah pemngajaran yang mengambil kira aspek perbezaan gaya pembelajaran di kalangan pelajar dapat menggembirakan pelajar di dalam kelas
  • Penentuan kaedah pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran yangberbeza di kalangan pelajar adalah penting

Kaedah  PengajaranGuru Dan Gaya Pembelajaran Pelajar
1       Mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza
         dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
2       Melalui gaya pembelajaran ,guru berpeluang mengenal pasti
         segala kekuatan dan kelemahansetiap pelajar
3       Kaedah pengajaran yang mengambil kira aspek perbezaan gaya    
         pembelajaran dikalangan pelajar dapat menggembirakan pelajar 
         di  dalam kelas.
4       Kaedah yang berbeza mendatangkan pendekatan
         yangmenyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar supaya
         terus belajar.
5       Setiap guru perlu komited dalam menyediakan pelajarsegala
         peluang pembelajaran yang strategik dan berkesan.

Kaedah Pengajaran Dan Motivasi Pelajar

Definisi motivasi
  • Suatu keadaan yang mengerakkan pelajar bagi memulakansesuatu dan diikuti dengan keupayaan bagi mengekalkan penglibatan itu
  
  1. Motivasi pelajar mempunyai hubungan dengan kepintaran ,personaliti dankebolehan pelajar
  2. Kepelbagaiankaedah pengajaran mewujudkan tiga tahap motivasi yang berbeza iaitu motivasiperubahan tingkah laku,perubahan tahap usaha dan motivasi berbentuk komitmen.
  3. Motivasimampu menjadi tenaga penggerak kepada pelajar dan dapat menarik perhatianpelajar bagi mengikuti sesuatu pengajaran
  4. Kepelbagaian kaedah pengajaran guru telah mempengaruhi motivasi dalaman atau luaran pelajar

Tujuan Penggunaan Pelbagai Kaedah
  • membantu guru menilai penguasaan pelajar dalammata pelajaran.
  • Merangsang minat dan semangat pelajar.
  • Objektif pengajaran guru tercapai di akhir pengajaran
  • Membantu guru supaya dapat memikirkan kesinambungan pengajaran seterusnya
  • Dapat menggerakkan motivasi dalaman pelajar supaya minat mengikuti pengajaran guru.
  • Memandu guru dengan mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar.

Prinsip Penggunaan Pelbagai Jenis Kaedah
  • Sebagai persiapan dan kemampuan pelajar dalam menerima dan memahami ilmu
  • Kaedah pengajaran berbeza mengikut tahap pelajar
  • Menyediakan masa yang cukup kepada pelajar
  • Guru mengambil kira ciri-ciri perbezaan individu
  • Memastikan pelajar dapat terlibat secara aktifdi sepanjang pengajaran
  • Proses pengajaran lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman pelajar
  • Guru banyak menggunakan saranan semasa proses pengajaran
  • Guru sentiasa kreatif dan mesra

Jenis-jenis Kaedah Dalam Pengajaran
  1. Kaedah Hafalan
  2. Kaedah Syarahanatau Kuliah
  3. Kaedah Soal Jawab
  4. Kaedah Perbincangan
  5. Kaedah Permainan
  6. Kaedah Penyelesaian Masalah
  7. Kaedah Penceritaan
  8. Kaedah Latih Tubi
  9. Kaedah Pengalamanatau Pendedahan Kendiri
  10. Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi
  11. Kaedah Amali
  12. Kaedah Ulangan
  13. Kaedah Luar Kelas
  14. Kaedah Sokratik
  15. Kaedah Simulasi
  16. Kaedah Projek
  17. Kaedah Kes

Kaedah Hafalan

  • Kaedah hafalan melibatkan ingatan secaralangsung bagi menguat dan mengembangkan ingatan
  • Pelajar akan menyatakan semula apa yangdipelajari dengan lengkap secara lisan ataupun bertulis

Kaedah Perbincangan         
  • Kaedah perbincangan adalah kaedah yang menggalakan pertukaran idea secara bebas
  • Pastikan perbincangan tidak hanya dimonopoli oleh seorang pelajar sahaja.wujudkan situasi saling berkerjasama danmenghormati
  • Biarkan pelajar berbincang dalam kumpulan
  • Guru akan memberikan kesimpulan daripada hasilperbincangan mereka

Kaedah Soal Jawab
  • Kaedah soal jawab ini menggalakan pemikiran dikalangan pelajar
  • Kaedah ini mewujudkan interaksi di antara gurudengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
  • Kaedah ini juga berlaku hasil soal jawab semasapelajar berkaitan pembelajaran mereka dan apa yang mereka tidak faham
  • Sekiranya guru dapat membimbing dengan berkesanakan memberikan kesan yang lebih baik

Kaedah Perbincangan
  • Kaedah permainan ini melatih pelajar memperoleh maklumat di sebalik permainanyang dijalankan
  • Kaedah pengajaran ini menarik dan praktis
  • Dapat menghiburkan dan membantu pelajarmenguasai pembelajaran
  • Bentuk permainan bergantung pada minat dan tahapkognitif pelajar

Kaedah Penyelesaian Masalah
  • Kaedah penyelesaian masalah bertujuan memberi latihan kepada pelajar bagimenyelesaikan masalah yang timbul dalam pengajaran
  • Menggalakan pelajar untuk berfikir secara kritisdan kreatif
  • Masalah akan ditimbulkan oleh guru secarasengaja ataupun spontan oleh guru
  • Masa akan diberikan kepada pelajar bagi mencarijalan penyelesaian

Kaedah Penceritaan
  • Kaedah penceritaan ini berkesandigunakan dalam pengajaran
  • Kaedah ini melatihkemahiran mendengar dikalangan pelajar
  • Guru perlu menyediakanringkasan cerita dan alatan yang diperlukan
  • Pastikan cerita yang akan disampaikan mempunyai mesej
  • Pastikan cerita itu dapat menimbulkan minat danmotivasi kepada pelajar

Kaedah Pengalaman atau Pendedahan Kendiri
  • Kaedah pengalaman atau pendedahan kendiri yangdisampaikan biarlah mempunyai kaitan dengan objektif pembelajaran
  • Kaedah ini dapat mendorong pelajar berkongsicerita ataupun pengalaman mereka
  • Kaedah ini juga dapat memberikan lebih kefahamandan penghayatan pelajar kepada sesuatu topik yang sedang dibincangkan

Kaedah Tunjuk Cara atauDemonstrasi
  • Kaedah demonstrasi atau tunjuk cara ini adalahpengajaran yang disampaikan secara praktikal dan penglibatan guru dan pelajar
  • Pelajar berpeluang belajar secara teori danpraktikal
  • Pelajar perlu memiliki kemahiran berkaitan topikitu sebelum membuat demonstrasi
  • Guru mengarahkan pelajar membuat tunjuk cara danmenjelaskan matlamat sebenar disebalik tunjuk cara itu

No comments:

Post a Comment